1 research outputs found

    Faktor-faktor adaptasi logistik terbalik di sektor pembuatan

    Get PDF
    Dalam dunia yang mempunyai sumber yang terhad, proses pemulihan yang digunakan untuk bahan atau produk adalah kunci untuk menyokong populasi penduduk dalam meningkatkan penggunaan bahan. Pengurangan bahan buangan menjadi kebimbangan kepada industri negara yang berkonsepkan kitaran bahan kerana bahan buangan tersebut merupakan salah satu sumber yang menjana ekonomi industri tersebut. Proses terbalik melibatkan kos yang besar berbanding keuntungan. Perubahan dalam undang-undang untuk melindungi alam sekitar telah memberi kesan kepada ekonomi dan perkhidmatan. Kini, semakin banyak syarikat yang menggunakan proses aliran terbalik untuk pergerakan barangan dalam sistem logistik mereka. Industri pembuatan merupakan industri utama dalam penggunaan aktiviti logistik terbalik. Sistem logistik terbalik merupakan aktiviti yang membentuk proses yang berterusan untuk penggunaan semula produk sama ada digunakan semula ataupun untuk pelupusan. Pembuatan semula ditakrifkan sebagai salah satu kaedah pemulihan yang digunakan untuk produk yang rosak atau bahagian-bahagian yang boleh diperolehi semula dalam keadaan kualiti yang sama dengan produk baharu dan boleh dimasukkan ke dalam produk baharu dan akan dijual semula dalam pasaran sama dengan bahagian atau produk baharu. Aktiviti logistik terbalik sering dilaksanakan oleh pengeluar asal kerana bahan yang digunakan semula diperlukan untuk pengetahuan dalam pengeluaran tertentu. Eltayeb dan Zailani (2010) menyatakan kebanyakan pengeluar di Malaysia tidak berminat untuk menggunakan semula barangan kitar semula atau pelupusan disebabkan oleh perbelanjaan tambahan untuk mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan logistik terbalik
    corecore